Thursday, May 29, 2014

Letak Video Dari Youtube Dalam Blog

Youtube, sebuah laman web yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelayar maya. Laman web yang mempunyai begitu banyak video dan menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja untuk mencari video tidak kira untuk hiburan, pelajaran, berkongsi pengalam dan sebagainya.
Letak Video Dari Youtube dalam blog


Youtube juga menjadi platform bagi seseorang blogger untuk berkongsi sesebuah video kepada pengunjung blog mereka.

Tutorial ini akan menerangkan bagaimana untuk meletakkan video yang terdapat dalam youtube ke dalam blog.

1.Login akaun blogger anda, kemudian klik pada new post.

cara letak video Dalam Blog


2.Buka video dari youtube yang anda hendak post, kemudian lihat sebelah kanan untuk ruangan embed.

Letak Video Dari Youtube Dalam Blog


3. Klik customize untuk melakukan sedikit ubahan pada video anda. Anda boleh pilih option yang ada seperti border dan juga saiz video yang hendak dipaparkan.

Letak Video Dari Youtube Dalam Blog

4.Setelah selesai,copy code dari bahagian embed dan paste dalam ruangan blog anda.(klik preview untuk tengok keadaan video anda)

Letak Video Dari Youtube Dalam Blog


5. selesai.


Berikut contoh video dari youtube yang diletakkan di dalam blog:

Upload Video Dalam Blog

Selain gambar, video juga memainkan peranan yang penting untuk seseorang blogger untuk mempelbagaikan kandungan entri dalam blog.

Video boleh merangkumi samada aktiviti peribadi, video klik lagu kegemaran, video klip percutian, tutorial dan apa sahaja yang dilihat lebih memudahkan untuk disampaikan kepada pengunjung ataupun untuk tatapan pemilik blog sahaja.
Cara untuk letak video dalam blog


Untuk mengupload video menggunakan kaedah yang tersedia untuk blogger adalah seperti berikut.

1. Login ke dalam akaun blogger anda, kemudian klik pada new post.

cara letak video Dalam Blog

2. Pada paparan yang muncul, klik pada icon video seperti yang ditunjukkan.

Cara untuk letak video dalam blog


3. Langkah seterusnya, browse video yang hendak diupload, masukkan title dan juga tick pada ruangan seperti yang ditunjukkan. Kemudian klik pada upload video

Cara untuk letak video dalam blog


4. Untuk sesebuah video, masa diperlukan untuk memproses video tersebut sehingga dapat dipublishkan. Bergantung kepada saiz video.

Cara untuk letak video dalam blog


Anda boleh save dahulu hasil kerja anda dan kembali selepas beberapa ketika untuk pastikan samada video tersebut sudah boleh dimainkan atau tidak.

Permulaan : Cara Buat Akaun Blogspot

Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.
Cara Buat Akaun Blogspot


Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'

Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.

Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address

  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.


Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'

Cara Buat Akaun Blogspot


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)

Cara Buat Akaun Blogspot

Letak iklan nuffnang Statik

Letak Iklan Nuffnang Statik


Adakah anda sudah mempunyai akaun Nuffnang.?.
Kalau ada, dimanakah anda letakkan iklan anda itu..(skyscraper)?

Memasang iklan secara statik adalah meletakkan iklan pada kedudukan yang tetap dalam sesebuah blog walaupun entri telah di'scroll' ke bawah


Anda scroll macam mana pun ianya tetap berada pada kedudukan itu. Kelebihan.? Nanti akan dicerita kat bawah, jom kita tengok cara yang yang perlu dilakukan untuk letak iklan nuffnang statik ini.


Owh, sebelum tu. Mungkin ada yang bertanya 'Letak iklan statik tidak menyalahi terma dan syarat Nuffang ke.?'

So ini jawapan dari nuffnang sendiri.
Yes, it is allowed for a blogger to place his ad unit static as shared by you. That position is no doubt desirable and advertisers would love to advertise on such placement.

However, bear in mind that the desirability for a Skyscraper ad unit is the same if it\'s placed;
- the top gadget of a sidebar
- visible upon loading of the page
- visible at all time (static ad)

As such, it doesn\'t really make a big difference, but nevertheless, advertisers will pay more attention to blogs which embed the ad units as a static ad.

Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations Executive

Nuffnang Sdn Bhd


Cara-cara untuk letakkan iklan statik adalah seperti berikut.

1. Login akaun Nuffnang untuk pastikan kod iklan Nuffnang untuk Skyscraper



2. Copy kod di bawah, kemudian letakkan di HTML/javascript dalam blog anda
( Dashboard > Layout > Page elements > Add a gadget > HTML/javascript )
Kalau masih tak faham rujuk sini.
<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;'>Letak Kod Nuffnang Sini</div>


Penerangan :
i.) Nilai 5px boleh diubah. Nilai ini menentukan jarak dari bawah dan jarak dari kanan.
ii.) Masukkan kod iklan Nuffnang yang diambil dari step 1. (pastikan kod adalah untuk Skyscraper)


UPDATE: Jika anda hendak kod bersama tulisan kelip² "aik, takkan tengok je" kodnya adalah seperti dibawah.
<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;'><blink>Ai, takkan tengok je.:)</blink>Letak Kod Nuffnang Sini</div>


3. Save, kemudian lihat kesannya dalam blog anda.:)

Bagaimana, senang bukan..:)

-----------------------------------------------------------

Kelebihan meletakkan iklan secara statik.

1. Kebarangkalian untuk pengunjung melihat iklan itu adalah sangat tinggi. Kerana ianya muncul sentiasa walaupun scroll ke bawah.

2. Kebarangkali untuk klik juga adalah tinggi.

3. Advertiser lebih berminat untuk beriklan di blog anda.

4. Berdasarkan kepada no1,2 dan 3, maka earning anda pun akan bertambah..:)